Tuesday, December 7, 2010

Hijrah

Assalamualaikum...

Huhu...senyum sekejap...=)
ha, ok...Alhamdulillah...tahun ni, dapat sekali lagi sambut Ma'al Hijrah kat rumah...
Tadi, sebelum solat maghrib tadi, ak berkesempatan tuk baca doa akhir tahun secara berjemaah di surau....dan kemudian selepas solat, diteruskan dgn wirid dan bacaan doa awal tahun...

pejam celik2, kita dah masuk tahun baru...sebak betul bila dengar imam bacakan doa tadi...bkn ape, org yg terlalu byk dosa mcm ak ni, sebenarnye rasa malu pd Allah dan diri ak sendiri...hari berganti hari, masa berlalu dgn pantas, tahun berganti tahun, tapi kita? masih di takuk lama, masih berbuat dosa, masih tak berubah...

Ya, ak berkata ttg diri aku....Astaghfirullah...Ampunkan ak ya Allah....banyak masa dan peluang Kau berikan kpd ak utk memohon keampunan dan melakukan kebaikan tetapi ak dah sia2kannya....ak x gunakan peluang yg Kau berikan dgn sebaik2nya...setiap detik Kau melihat apa sahaja yg ak lakukan, setiap detik itu jugalah ak bernafas dgn udaraMu....tapi ak? Berapa detik sajalah ak mengingatMu? Ampunkan ak ya Allah, dri ini seringkali alpa untuk mengingatiMu, mensyukuri kurniaanMu....sombongnya dan betapa tak tahu malunya hambaMu ini ya Allah...

Jikalau dilihat kembali catatan ttg apa yg ak lakukan pd tahun ini, sudah tentu ak sendiri pun malu utk menatapnya...inikan pula catatan sepanjang 20 tahun hidupku...berapa banyak sangatlah masaku diperuntukkan untukMu? agamaMu?

Kalau aku, jika seseorang itu, dah ak berikan makan, minum, belanja dan segala2nya, tetapi boleh dibilang berapa kali dia ucapkan terima kasih dan bila buat salah x pernah minta maaf, tentu ak marah dan tarik segala keistimewaan yg ak berikan tadi daripda dia...

tapi Kau tidak ya Allah...Kau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...pintu keampunan sentiasa terbuka untuk hamba2Mu...tinggal mereka sahaja yg mahu atau tidak untuk memohon keampunan....atau adakah kulit mereka sudah kebal dgn api neraka? api di dunia pun mereka tidak dapat menanggungnya, inikan pula api neraka yg 70 kali ganda lebih panas daripada api di dunia?

terima kasih ya Allah, kerna sifatMu yg Maha Pengasih, kau temukan ak sekali lagi dgn tahun baru...maka, dgn itu ya Allah, Kau bantulah hambaMu ini, untuk berhijrah menjadi yang lebih baik..Bantu hambaMu ini agar dia kuat utk merealisasikan azamnya pd tahun ini, meninggalkan dosa2nya...dan memenuhi setiap detik hidupnya dgn mengingatiMu dan mensyukuri nikmatMu...Jauhkan ak dari syaitan yg direjam... ya Allah...yg sentiasa berusaha utk melemahkan dan menyesatkan ak...Ya Rahman, ya Rahim...

Oleh itu sahabat sekalian, marilah kita sama2 berhijrah ke arah yg lebih baik...bersamalah kita memperingati perjuangan dan pengorbanan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat berhijrah demi mempertahankan aqidah dan menyebarkan agama Islam ke seluruh pelusuk dunia, kini tugas kita untuk mempertahankan apa yg telah mereka perjuangan...

dan, utk mengembalikan kegemilangan Islam, ia bermula dgn diri kita...jgn lengah2kan dan sia2kan masa dan peluang yg diberikan...selagi nyawa di kandung badan..
ya Allah, berikanlah kami kesudahan yg baik...Amin....

Salam Ma'al Hijrah...=)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


"Hidup hanya untuk Dia"...

No comments:

Post a Comment

Sekelumit rasa