Wednesday, December 22, 2010

mati itu pasti...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Assalamualaikum...

apa khabar iman kita?(sepertimana kwn ak, tokie nk ktorg amalkan ketika bertanya khabar..) harapnya soalan ni boleh kita tanyakan pada diri kita mungkin pada setiap kali bangun tidur atau lebih cantik sebelum tidur atau boleh dikatakan 'mati sementara' sbg muhasabah diri...

mase br mule nk tulis entry ni, ak teringat kata2 Dr Fadzilah Kamsah dlm rancangan Liga Ilmu kat astro oasis ari tu..(x igt plak tajuk die...) Beliau ckp, "Kalaulah setiap daripada kita(muslim) mengingati mati, pasti kita semua boleh jadi hebat.."(lebih kurang mcm nilah maksudnya..) sebab ape, bile je kite ingat mati, kita takut nk buat kejahatan, nk buat dosa...sebab takut, kalau2 tgh buat dosa tu, kita x sempat nk bertaubat...malah, mesti kita akan berlumba2 nk buat kebaikan...yelah, nk cukupkan bekalan...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


tp, sekarang susahkan nk ajak org ingat mati...kebanyakan drpd kita sudah punya penyakit wahan...ape tu? penyakit sukakan dunia, takutkan akan mati...x terkecuali aku... aduh, cepat kita ubati penyakit ini! jgn biarkan ia semakin parah...teringat ade sekejap dulu, org terlalulah takutkan mati sampaikan pihak kerajaan terpaksa halang penyiaran lagu nasyid "Bila Izrail datang memanggil, jasad terkujur di pembaringan.." (maaf, x ingat tajuk lagu..)di corong2 radio...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


pada pendapat aku, kalau kita faham apa tujuan kita hidup di dunia ni, pasti kita takkan ade penyakit wahan tu...sebabnya kita akan cuba sedaya upaya untuk buat yg terbaik sebagai bekalan hidup di akhirat yg kekal selama2nya...sem lps, mase usrah ngan mak cik hashimah, ak teringat akn perbincangan ktorg dulu...

* Persoalannya..kenapa, nabi2 / rasul2 ctnya, nabi Nuh, nabi Ayub, nabi Ibrahim, nabi Ismail..yg terdahulu boleh begitu sabar dan tabah dalam mengajak manusia menyembah Allah yg Esa untuk beratus2 tahun, malah ditimpa dgn pelbagai ujian yg berat2?

ketika tu, anak mak cik Hashimah yg belajar di Mesir,(balik bercuti) berkongsi apa yg dia dapat dlm usrahnya, die kate, para anbiya' tak pernah merasa letih atau payah dalam kerja dakwah kerana mereka tahu dan yakin yg mereka tinggak di dunia sementara sahaja,hanya sbg ujian.. kenapa pulak sementara? ok, kalau kita lukis satu garis lurus, kita bahagikan kpd lima bhgn, pertama, labelkan alam ruh... kedua alam rahim... ketiga, alam dunia.. keempat, alam barzakh...dan yg kelima, alam akhirat...






dua alam yg awal kita dh lepas, yg ketiga, kita tgh laluinya..tapi berapa lama?50 thn, 70, 100, atau mungkin 20 thn 6 bln? kita x tahu...kemudian, alam barzakh...sehingga dtgnya hari dibangkitkan di padang mahsyar, dan yg terakhir, alam akhirat...utk brape lame? infiniti...xde penghujungnya... jd, kesimpulannya, para anbiya' yg x jemu2 mengajak manusia menyembah Allah, mereka tidak pernah berasa letih krn walau beratus thn mereka melakukannya, ia hanyalah ntah berapa peratus je dlm garis lurus tadi...krn matlamat mereka adalah akhirat yg kita akan hidup di sana tiada penghujungnya, dunia cuma menjadi medan ujian utk tempat kita di sana nanti..
ratusan tahun pun pd mereka cuma sementara, apatah lgi kita, yg rata2nya hayat x pun sampai seabad lamanya..

semasa menulis entri ni, hati aku sebenarnya berasa hiba dan sebak di atas pemergian pak cik ak (abg kpd mak) menghadap Ilahi pd 18/12/2010 yg lalu...x sampai seminggu pun pemergian dia...nama Allahyarham ialah Hj Daud bin Haji sofian...
Br berumur 54 tahun, meninggal kerana sakit...hmm..susahnya ak nak habiskan entri ni..
yg terasa pilu sgt sbb Allahyarham tinggal dekat ngan rmh kitorg, satu taman, jd mmg rapat sgt..br bersara bln 6 yg lalu sebab sakit, lgpun isteri dia pun dah bersara...ak panggil dia Achik, isterinya wan chik..seminggu sblm pemergian Allahyarham, anak lelaki sulung die kahwin, even mase die meninggal, pelamin ngan khemah masih ade lg kat rmh...rase terngiang2 suara die bergurau senda dan wajah yg ckup gembira masa nk wat persiapan kenduri kahwin anak die...memandangkan ak cuti skrang, tu, yg ak pegi tlg wat persiapan...
plg pilu bile anak Allahyarham, Aiman, anak istimewa sindrom down, x mengerti yg die sudah 'tiada'...die kate Abah die tidur, die siap ckp2 ngan abah die dan boleh baring atas katil jenazah mase org mandikan abah die...siap bleh bye2 org lain mase nk gi kebumikan jenazah....Allah, x tau ape nk ckp mase tu...Allah saje yg tau, sedihnya ak rase...

pemergian Allahyarham adalah ujian buat keluarganya, harap mereka tabah dan sabar dalam menghadapinya..benarlah setiap yg hidup pasti akan mati..bila sampai waktunya, ia tidak akan lambat atau cepat sedetik pun...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Moga diampunkan segala dosa Achik dan moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 org yg soleh...Amin...

Al-Fatihah...



Kenangan bersama Achik (dalam bulatan) ketika raya 6 or 7 thn yg lalu...

kepada kita yg masih hidup sentiasalah menyiapkan bekal utk hidup di akhirat yg kekal selama2nya...Apa khabar iman kita?

"Hidup hanya untuk Dia..."

1 comment:

Sekelumit rasa