Saturday, July 9, 2011

Tarbiyyah (didikan) Universiti Kehidupan...



Petang itu, turun seorang gadis dgn keadaan yang mamai dan pening dr perut sebuah bas dari Shah Alam. "Ni mesti sebab tidur sejam je malam td..", fikirnya.Walaupun x cukup tidur, tetapi dia merasa puas kerana malam td dia dan kwn2nya yg bakal berpisah tuk dua bln, dapat bersembang2 dgn puasnya atau org putih cakap "pillow talk" dan mereka juga b'main "truth or dare" tp, benda yg disembangkan mlm tu habis di situ shj..Badannya turut terasa lenguh akibat tidur dlm keadaan yg x selesa dan tersengguk2 spjg perjalanan lebih 2 jam dari Shah Alam ke Ipoh.

Setelah turun, dia bergerak ke tempat simpanan beg mengambil sebuah bagasi yang besar dan beg "Giant" yg dia beli disebabkan oleh kempen "no plastic bag on Saturday" yang juga penuh dgn pakaian termasuk telekung dan tuala..

Kemudian, gadis itu bergerak mencari tempat duduk yang agak selesa di dalam terminal supaya mudah bagi dia meletakkan barang2 yg byk dan kalau boleh, jauh dari asap rokok..."Ha...duk kat situlah...nk gi beli makanan pun, senang sikit, bleh nmpak brg2 dari jauh..."berkira-kira gadis itu sendirian, sambil merasakan perutnya yang telah menyannyi2kan lagu 'keroncong utk ana' gara-gara x sempat nk menjamah apa2 pun di rumah sewa td dek nk mengejar bas takut ditinggalkan. Setelah itu, berjalanlah gadis itu ke tempat yang telah di'aim'kannya td sambil terkonyoh2 membawa beg sandang, beg laptop, beg 'giant' dan bagasi, dimanfaatkan segala anggota badan yg telah Allah kurniakan..

Setelah meletakkan segala barang dan melepaskan lelah, dia pun mengeluarkan telefon bimbit miliknya b'jenama Nokia 3600 slide yg permukaannya calar- balar tetapi telah byk berjasa. Niatnya utk menelefon bonda yg amat dirindui terbantut dan raut wajahnya jelas hampa krn kredit telefonnya tidak mencukupi utk dia berbuat demikian dan lebih mengecewakan apabila akak yg jual top up di kedai berhampiran mengatakan bahawa ketika itu 'line' x elok dan mungkin dalam 1 jam nanti, br akan dpt, dan... caj yg dikenakan RM 0.50 tau! Kalau 10 org, RM5 die dh dpt...bayangkan ajelah sehari die bleh dpt ntah brape org....ish2...

Tiba-tiba gadis tersebut teringat yang adiknya, Dhiya menggunakan talian pra-bayar syarikat atau pakej yg sama, "Rasanya cukup kut, nk hantar 5, 6 msj pd adik.."fikirnya. setelah beberapa balasan mesej utk memberitahu bhw dia telah sampai ke Ipoh, ada satu mesej yang benar2 menganggu fikiran dan perasaannya:
" mak x sihat, sakit gigi, amik mc, ayah plak pegi mesyuarat kat terengganu...Mak suruk kakak nek teksi gi medan kid, lps tu amik bas ke Manjung..."
Selepas membaca sms tersebut, gadis tersebut melihat pula pd brg2 yg dibawanya, mmg byk..."Jika nak naik teksi, xde masalah, tp nk naik bas 'loncat' nanti, mcm mane pulak nih? Aduh..." Bergenang air mata gadis tersebut, tp belum sempat menitis, cepat2 diseka air matanya supaya tidak tumpah, takut dilihat org rmai di situ...gadis tersebut berasa sgt sedih bercampur geram, bkn krn marah pd bonda yg x dpt menjemput, tetapi jika diberitahu lbh awal, pasti akan dikurangkan 'muatan' agar mudah utk dia menaiki bas...

Akhirnya, dipendekkan cerita, bonda gadis tersebut mahu menjemputnya di terminal tetapi hanya satu jam selepas itu...ditambah rumah yang agak jauh, nampaknya gadis tersebut terpaksa menghabiskan masanya beberapa jam di terminal. Alhamdulillah, rukhsah solat yg Allah beri pd yg musafir memberikan kelegaan pd gadis tersebut. x perlulah dia risau akan barang2nya ketika dia ingin menunaikan solat, pd perkiraannya sempat untuk dia lakukan Jama' ta'khir pd waktu asar nanti.

Ketika menunggu dan merasa bosan setelah cuba membaca buku Harun Yahya, "Kaum-kaum yang Pupus, dia ralit memerhatikan gelagat manusia di sekelilingnya. dan, ketika itu, bermulalah tarbiyah dari Allah utk dirinya.

Pada mulanya dia memerhatikan kaunter2 jualan tiket bas. Masuk shj pelanggan2 yg berpotensi, x kirelah br turun bas ke, br nk cari bas ke, Mat Indon ke, bangla ke, semua menjadi rebutan...terjerit2 mereka cuba tuk dapatkan pelanggan, riuh rendah jadi terminal tu. Gadis tu pun, selalu mengalami kejadian sebegitu rupa, selalunya dia buat x endah je dan terus ke kaunter plusliner, kecuali masa mmg dah xde tiket. Tetapi, selalunya mereka ni, akan kenakan caj yang lebih sikit, contohnye, utk seat vip, mereka akan caj RM25, sedangkan harga sebenar Rm23 je....tp jika mmg dlm kecemasan gadis tu, dh x kira apa2 lg...Dia akan rembat je mane2 tiket asalkan smpai ke destinasi yg ingin dituju.

Kemudian, gadis tersebut, terpandang pula seorang kanak-kanak lelaki berbangsa India, jika diamati fizikal kanak-kanak tersebut, mungkin dalam umur 11 atau 12 tahun. Adik itu membawa sebuah raga yang dipenuhi kerepek dan kemudian die bergerak dari satu bas ke satu bas utk menghabiskan jualannya. Adik penjual kerepek itu pun telah lama diperhatikan oleh gadis tersebut, bkn shj pd hari itu, malah, setiap kali dia ke terminal. Kebiasaannya, adik itu akan menjual kerepek tetapi kadang-kadang adik itu juga dilihat ada membantu menjual di kedai2 di terminal.

Setelah itu, gadis itu terlihat pula akan seorang 'apek' cina datang membawa plastik ke arah tong sampah yang berdekatan dengannya. Sudah menjadi rutin apek cina itu mengutip tin2 minuman yg telah dibuang oleh org ramai. Bagaimana gadis itu tahu? Itu adalah kerana setiap kali dia di terminal, pasti dia akan menemukan apek cina tersebut.

Tidak lama selepas itu, kelihatan pula seorang lelaki yg berumur dalam 30-an membawa beg sandang yang agak besar tetapi kelihatan susah benar dia ingin berjalan disebabkan oleh keadaan kaki dan badan yang kurang sempurna, tidak seperti orang lain. Rupa-rupanya lelaki itu golongan OKU (orang kelainan upaya) dan dia ditemani seorang wanita normal yang seusia dgnnya dan seorang kanak2 perempuan yang comel. Mereka bertiga kelihatan bahagia ketika menjamah makanan bersama2. "Mungkin diorg ni, tgh tunggu bas kut.." telah gadis itu.
Setelah menyaksikan semua kejadian itu, si gadis termenung dan berfikir sejenak. Setelah beberapa ketika, matanya mula bergenang dan sama sepert tadi, cepat2 diseka air mata agar tidak tumpah tetapi hatinya tetap terus menangis. Mengapa dia menangis? Hal ini kerana, dia terasa seolah-olah dia ditarbiyyah oleh Allah melalui kejadian2 td. Dia melihat betapa susahnya orang-orang tadi ingin mencari sesuap nasi, berusaha sekuat mungkin utk 'survive' dan sedia melakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup. Walaupun begitu, mereka tidak putus asa, mereka bersyukur dan bahagia dgn apa yg dikurniakan oleh mereka.

Gadis itu merasakan hatinya seperti dihenyak2 dan kekesalan menghinggapi dirinya. Mungkin kerana sudah terbiasa dgn hidup yg agak senang dan cukup, dia tidak sedar bhw dirinya sudah tidak biasa merasa susah. Hinggakan ingin menaiki bas "loncat" balik ke rumah pun, terasa begitu berat sehingga terpaksa meminta bonda yg tidak sihat utk menjemput di terminal. Sedangkan, jika dibandingkan dgn keadaan org2 td, hidupnya terlalu jauh berbeza. Dia sepatutnya menjadi org yg lbh bersyukur dan lebih sabar. Kesusahan yg dialaminya tidak besar mana tetapi dia lupa akan hakikat itu. Gadis itu merintih di dalam hati, " Ya Allah, ampunkan hambaMu ini yg sering melupakanMu dan kurang bersyukur atas nikmat yang Engkau berikan. Jadikan hamba orang yg bersyukur dan bersabar..Ya Allah...".
Tidak lama kemudian, terpancar satu wajah yang amat menyejukkan jiwa iaitu wajah bonda gadis itu. Gadis itu tersenyum dan terus mendapatkan bondanya serta menyalami dan mencium pipi insan yang amat dirinduinya. Kemudian, mereka bergerak pulang menuju ke rumah yang dipandu gadis itu dek kerana keadaan ibu yg kurang sihat.

Usai solat Isya' malam itu yg diimami gadis tersebut, dia terus menyalami dan mencium kedua belah pipi dan menatap wajah bondanya seraya berkata, "Mak, maafkan segala kesalahan sarah...". Tetapi tanpa diketahui ibunya, hatinya bermonolog."Maafkan sarah sebab menyusahkan mak sampai terpaksa jemput sarah walaupun mak tak sihat. Insya-Allah, sarah akan cuba utk lebih sabar dan bersyukur, mak doakan ye..."

p/s :- Marilah kita sentiasa menjadi orang yang bersyukur dan sabar.
- kepada pemimpin2 atau sesiapa shj yg rasa nk terima rasuah, nk songlap duit rakyat or just nk jd pemimpin semata2 nkkan publisiti or menjadi popular, igtlah bhw ade ramai lg golongan rakyat yang masih terhimpit hidupnya dan perlukan pertolongan anda. Tanpa mereka, anda tidak akan ada di tempat itu hari. Tetapkan kembali niat dan matlamat. Bila dah asyik dgn makanan yg sedap2, kereta mewah, pejabat ade air-cond, duk kerusi empok, apa kata sesekali duduk dan perhatikan keadaan rakyat di tempat2 seperti ini.
-maafkan penulis jika ade kekurangan dlm post kali ini terutamanya kesalahan tatabahasa..maklumlah, budak br belajar...hehe... ^_^

Catatan hidup :
5 Julai 2011, bersamaan 4 Sya'ban 1432
Bota, Perak.


"Hidup hanya untuk Dia"...

Wednesday, March 9, 2011

sekejapnya waktu berlalu?...




Ya, sekejap betul masa berlalu...pejam celik2, dah msk bln 3...
itu bermakna tinggal sebulan lagi nk exam final...menuju ke hari2 terakhir sbg pelajar part 3 Ijazah Sarjana Muda pengajian Undang2...Hampir separuh pengajian utk tahun kedua juga separuh pengajian utk degree ak yg pertama ni...

Alhamdulillah, sehingga kini ak masih kuat mengharungi hari2 sbg seorang pelajar terutamanya pelajar undang2 di Uitm ni...
btul2 x sangka..satu perjalanan hidup yg sama sekali x dirancang 4 thn dl...ya, mmg benar perancangan Allah melebihi segala2nya...
setelah hampir 3 thn dlm bidang ni, byk hikmah yg ak dapat knapa ak ditempatkan di UiTM dan menjadi pelajar undang2...

Moga Allah akan terus memberikan ak kekuatan utk mengharungi perjuangan menuntut secebis ilmu-Nya ini....Ya-Allah, bantu aku, cuma 2 1/2 je lg...

Bulan ni jadual mmg padat hingga x dpt nk cari masa utk blk kg...xpe maisarah tinggal 2 bln je lg..lps tu, cutilah puas2...4 bln kowt...huhu...

Jadual ak setakat hari ni :
11 Mac - presentation BEL
14 Mac- submit assig criminal law
18 Mac-submit assig land law
21 Mac-test ADR
31 Mac- submit assig ADR
7 April- roleplay tuk mediation

kerja2 yg bakal dtg:
2nd presentation BEL
submit assig HKR & presentation
quiz for ADR
test criminal
test equity and trust










kenangan2 di asasi undang2...



kenangan part 1 BLS...=)

moga aku terus kuat...dan fokus...Ameen...
Ya Allah...permudahkanlah segala-Nya...urusan dunia juga akhiratku...
aku benar2 yakin bhw segala ilmu yg telah, sdg dan akan ak pelajari adalah ilmuMu...maka, Kau permudahkanlah aku dlm menunutut ilmuMu Ya Allah....
"Hidup hanya untuk Dia"...

Sunday, March 6, 2011

sakit.... nikmat atau kifarah?


Assalamualaikum semua....
Saya tau, walaupun skrang ni, sy sepatutnya siapkan past year question admin, tp sy nk jugak mengadu kat blog kesayangan sy nih....
status kini : gusi bengkak, berdenyut2 n sakit smpai ke bwh dagu....
kawan sy, che nab, yg kelak akan menjadi doktor tu kate, ianya akibat gigi geraham bongsu yg nk tumbuh...
mungkin jugak...sebab tinggal satu tu je space utk gigi tumbuh. yg len dah penuh..huhu...
rase cm kanak2 tadika plak, sbb br nk tumbuh gig...hehehe...Lps ni, dah x bleh tinggi lagilah...huhu...
bile sakit mcm ni, br rase betapa lemahnya kita...Allah br tarik sekejap nikmat gusi yg sihat, tp, sakit dah mcm ape je...oleh itu, bersyukurlah ketika kita dapat menikmati segala nikmat yg Allah kurniakan kpd kita...

bersyukur bkn sahaja dgn mengucapkan Alhamdulillah...kerna sesiapa shj bleh menyebutnya...contohnya, "Alhamdulillah, dapat jugak sy anjurkan konsert yg sy impi2kan selama ini..."
oleh itu, bersyukurlah bkn shj dgn mengucapkan syukur, tetapi juga dgn menjaga nikmat tersebut dgn sebaiknya dan gunakan ia ke jalan yg di redhai-Nya...

SAKIT ITU, NIKMAT ATAU KIFARAH?
Pada aku, sakit itu nikmat dan juga kifarah....

ianya akan jadi nikmat sebab bila sakit kita akan sentiasa mengingati Allah, merasakan diri ini terlalu kerdil dan terlindung dari byk dosa? kenapa pulak terlindung dr byk dosa?
Yelah, bile sakit, dah x lalu nk watpe? nk mengumpat? nk gi tempat2 maksiat? nk melihat benda2 yg haram? semua x bleh buat...sebabnye, x larat n x bermaya dah...

kifarah plak?
sebabnye, sakit itu akan menyucikan diri drpd dosa...

"Tidaklah orang Muslim ditimpa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya sebagaimana pohon yg menggugurkan daunnya.." (HR. Bukhari-Muslim)
Oleh itu sahabat sekalian, apabila ditimpa sakit, hadapilah ia dgn kesabaran dan ketabahan kerna ianya NIKMAT DAN KIFARAH utk kita...

*Al-Fatihah buat Allahyarham Tn Hj Zulkifli Bin Abdul Hamid (Ayah kpd kawan saya, Nadmin) yg br pulang ke rahmatullah pg td akibat kanser...moga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yg soleh...
Daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya jugalah kita kembali...

Al-Fatihah...
"Hidup hanya untuk Dia"...

Friday, March 4, 2011

Aku SIBUKlah...I'm BUSY ok?


Assalamualaikum...
apa khabar iman kita?
Alhamdulillah....akhirnya dapat jugak aku luangkan sedikit masa tuk berkongsi sesuatu dengan blog ni...Harap2nye, entri kali ni akan terus publish dan xdelah tersekat sbg draft mcm entri2 yg sblm ni...
lame betulkan ak x tulis pape kat blog ni? Yelah, the last entri is about sclc n tertulis di situ 23 JANUARI 2011...huh, lame tul, x sedar berlalunya bulan Februari n tup2 dah masuk bln Mac...
Ak tau, bile ak x post dlm jangka masa yg lame, blog ak akan kehilangan ramai pembaca(selama ni pun, ramai ke, maisarah oiii...hahaha) tetapi ianya bukanlah disengajakan...
Ya, setiap kali on9, pasti ak akan jenguk blog ni, tp setakat sempat jenguk jelah....byk betul entri yg hanya sekadar menjadi draft...
kenapa? sebabnya SIBUK,
sibuk dgn study, (yg sudah mula penuh dgn test, presentation, assignment n lecturer2 yg berdedikasi yg berebut2 nk wat klas ganti...hehe..)
sibuk dgn business (blehlah jenguk2 ke fb sy tuk lihat design2 tshirt muslimah terbaru...sempat lg tu..=)..mesti..promotion itu penting...)
sibuk doing chores (weh, x yah bgtaulah...benda ni wajib buat..)
sibuk berpersatuan (ek eleh, br sem ni nk aktif kut...sclc di hatiku..)
n mcm2 lagilah...
wah2...kalau suruh senarai, mengalahkan perdana menteri...I wonder, mesti lagi sibukkan bile jadi ketua sesebuah negara...
ha, tu br sbg seorang pelajar n mungkin termsk jugak sbg seorang anak....nanti, bile dh berumah tangga, dah punya keluarga, lagi sibuklah kan?

bile tgh time "gataii" tu datang, mulelah berfikir yg ak ni dah sesuai sgt dah kahwin, Insya-Allah dah bersedia (kononlah...nk ckp koku die amik HKR n pernah gi seminar baitul muslim)
tp, bile difikirkan kembali mengenai tanggungjwb yg bkal dipikul, mulelah ckp, uiih...lambat lagi, tibe2 rase diri ini belum cukup dewasa...hahaha...
yelah, mane taknye, hidup 'single-mingle' camni pun still x dpt nk uruskan diri, n cemerlang, gemilang n terbilang dlm pelajaran n tarbiyah....camne plak bile dah ade keluarga n n menjadi pemimpin negara?
ak tabik tul ngan seorang senior ak kat fakulti law ni...name die kak Asiah...die mmg tua beberapa taun ngan ak..jauh gaklah...tp, cuma senior satu sem ngan ak...she's married and has 5 kids! dulu, disebabkan beberapa masalah, die terpaksa berhenti belajar then, got married...selepas tu, br die sambung blajar in law...
bygkan dgn 5 org anak n suami yg kerja jauh dr die, die still bleh achieve good results in her study...kat asasi dulu memanjang dean list nye...
bile tgk keadaan die, ak rase malu ngan diri ak sendiri...even ak ni still solo lagi pun susah nk urus diri sendiri apatah lg yg mcm kak asiah...tentu die jauh lebih SIBUK dari ak...tp die still bleh manage mase dgn sebaiknya...

PERKONGSIAN?
sbnarnye, ak just nk ajak diri ak n sahabat2 sekalian berfikir sejenak....setiap hari kita sibuk dgn mcm2 benda...sbg student, sibuk dgn study, seorang ketua sibuk dgn anak2 buahnya, seorang ayah ibu, sibuk menguruskan rumah n anak2...seorang usahawan sibuk mengembangkan businessnya...tetapi seorang HAMBA?
pernah ke kite dgr "weh, ak x blehlah dtg discussion tu, sebab aku sibuk dgn tarbiyah n dakwah...nk beribadat laglah...yelah kitakan HAMBA Allah..."
tp, yg biasa kita dgr, " sorilah x dpt nk gi forum tu, sbb ak ade discussion..atau akx dptlah nk join usrah tu, sebab nanti terganggulah mase study ak..nk update notes lagi..."
see? kita lebih sibuk dgn urusan DUNIAWI berbanding UKHRAWI...
Dalam 24 jam yg kita ada, berapa peratus yg kita peruntukkan utk Pencipta kita?
Apa cuma 25 minit? sebab masa tu adalah masa kita solat(itu pun kalau sape yg solatnye penuh) 5minit setiap waktu ...tp masa2 yg selebihnya? kita sering kali lupa pada-Nya...
Astaghfirullah....bygkan kalau Allah pun lupakan hamba2nya? alamatnya, byklah nikmat yg Allah bg pd kita hari ini kita x dpt...tiba-tiba hari ni x bleh dgr sbb Allah lupa nk bg nikmat pendengaran...ha, nk camtu?

Oleh itu sahabat sekalian, jgn jadikan sibuk itu sebagai alasan utk kita lupa pada-Nya...jgn jadikan sibuk sebagai sebab utk kita jauh dari tarbiyah dan dakwah...
Ingatlah bahawa kesibukan itu juga merupakan ujian buat kita...aturlah ia sebaiknya agar sibuk itu x membawa kita lupa pada-Nya...
Ingat juga bhw segala yg berlaku kpd kita datangnya dr Allah, kesibukan itu juga dari-Nya...maka mintalah petunjuk dari-Nya utk menguruskan waktu SIBUK itu....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


*Alhamdulillah...seronok keluar makan ngan housemates selepas mengharungi satu minggu yg cukup sibuk...huhu...=)
"Hidup hanya untuk Dia"...

Sunday, January 23, 2011

Sehari bersama SCLC...


*copying from khairul's blog...



Assalamualaikum WBT.
Student Community Law Club (SCLC) UiTM Malaysia will organize Orientation Program for new members of SCLC on 5th and 6th February 2011.
there will be two types of activity,

A) Sejenak bersama si dia.
on 5th february, at Dewan Audi Cempaka 1 Fakulti Undang-undang UiTM Malaysia.
there will be interesting input which you can only know if you where present on the date, there also will be few topics of discussion:
1st) Malaysian Lawyers where are we heading, Demon and Angel
2nd) One Millions Lawyers: Money from the poor or money for the poor.

THE SPEAKERS will be an outstanding LEGAL practitioner and academician.

B) TEAM Building
Place: Templar Park Rawang
Date 6th February Sunday


On Sunday there are only 50 place for new comers. while on Saturday all SCLC members and UiTM Law Students, are welcome.

Others Law Students from LAW SCHOOL NEARBY is invited. there will be some fees for food and certificates, RM 18 per person. There will be no transportation provided.

for more info contact us via fb http://www.facebook.com/pages/STUDENT-COMMUNITY-LAW-CLUB-UITM/97077799636

or AJK’s involve as stated in the poster :)
SCLC we serve the community


*even you're not a law student, you're invited...
"Hidup hanya untuk Dia.."

Wednesday, January 19, 2011

Menawan puncak broga!



Assalamualaikum..
Apa khabar iman kita? sihat? demam? or tenat?
kalau mcm rase x sihat tu, cepat2lah gi cari ubatnye ek? huhu..

ok, menawan puncak broga? ceh, ckp mcm ko dah tawan gunung everest...haha..
xdelah, Alhamdulillah, ahad lepas ak ngan kwn2 berkesempatan pegi rehlah ke broga...ni pun housemate kesayangan ak tu, fasya yg cadangkan..coz die ckp pemandangan kat sane cantik giler...n khabarnye Dr SMS n Dr Harlina pun tangkap gambar pre-wedding diorg kat sane...

Broga ni kat mane?
utk sape2 yg x tau, broga ni terletak dekat semenyih, selangor...ckit lg dh nk msk kuala pilah N9...
kalau dr s.alam ni, keluar federal highway, -subang-seremban-kajang-semenyih-keluar ke sg. sekamat...tp, kalau nk senang, google map je..coz ktorg pun wat camtu..huhu...siap pegi tinjau jln dl, the day before...

then, pd hari kejadian, kami pun bertolak dr s.alam lebih kurang dlm kul 5.30 pg...awalkan? itu pun dah lambat ckit....rancang nk gi awal lg... ni sume gara2 nk tgk sunrise...then, lbh kurang sejam lebih ktorg pun smpai kat semenyih n solat subuh kat sane...

setelah solat, ktorg pun memulakan misi menawan puncak broga..hahaha..ktorg dh prepare segala brg termsk torchlight...n yg plg penting, bekalan breakfast yg dimasak tgh2 mlm sblm nk pegi...huhu...

pendakian?
mencabar dowh...tp mencabar lagi masa nk TURUN...coz mmg agak curam...it's better kalau anda bring a stick or tongkat supaya x jatuh mase turun...tp, ktorg Alhamdulillah, sume selamat mendaki n turun...

puncak?
huh, syukur sgt coz akhirnya smpai gak ktorg ke puncak dgn perjalanan spjg 1.7 km...walaupun x pjg sgt, tp utk mendaki, tu, dah cukup tuk ktorg yg jarang2 nk wat sukan2 lasak ni,,haha...igtkan x rmai yg pegi....rupe2, kat puncak tu, dah penuh org! yelah ari ahad, rmailah yg dtg...ktorg juge sempat tgk sunrise dr puncak broga..Alhamdulillah..x dpt nk gambarkan betapa indahnya pemandangan mase tu...Subhanallah...
then, ktorg pun breakfastlah di atas puncak broga yg ak rase xde org len wat selain dr ktorg...huhu..(ni sume sebab nk kurangkan beban mase turun..hahaha)

perkongsian?
bile tgk dr atas sane, semua benda kite nmpak kecik...cume nmpak bgnan2 kecik2 n pokok2...tu pun, x nmpak btul2 fizikalnya...kalau kita berdiri kat mane2 bgnan tu, mesti org x kan nmpak kita kecuali jika guna ape2 gadget yg bleh membantu utk tgk objek dr jauh, eg teropong...
betapa lemahnya n kerdilnya kita sbg manusia ni kan? Allah sajelah yg Maha Berkuasa sebab Dia mampu mengawal seluruh alam semesta ni..tanpa bantuan sape2 pun...
then, manusia yg kecil itu juga mampu untuk menawan bukit atau gunung yg berpuluh kali ganda lebih besar dari die...itu juga hikmah manusia dipilih menjadi khalifah...kerna apa? kerna manusia punya akal dan sifat ikhtiyari (membuat pilihan) berbanding makhluk2 Allah yg lain...

kesimpulan?
seronok lihat alam semulajadi ciptaan Allah...tp, ingat kita sbg manusia yg menghuni bumi ni, perlu menjaga alam ini yg semakin hari semakin tenat..risau melihat effects of global warming yg menimpa pelbagai negara ketika ini, (termsk M'sia)....banjir di brisbane, ribut di california, gempa bumi di Indonesia n mcm2 lg...harapnye dpt pegi broga lg nanti..Insya-Allah...=)



dah nk smpai ke puncak..



subhanallah...sunrise di broga...




"Hidup hanya untuk Dia"...

Thursday, January 13, 2011

Kembali Hidup...

Assalamualaikum...

Maaf kerana membuatkan teratak ini sepi buat sementara waktu...bukan ape, aku dh blk s. alam...buat mase ni, x bleh nk selalu online coz internet connection xde kat umah ktorg...minggu lepas ktorg dah daftar tuk streamyx, tp, bile tibe ari selasa ari tu, kontraktor tm nk dtg psg, kabel telefon rmh tu plak ade masalah...

uiih...untuk zaman teknologi skrang ni, xde internet mmglah susah...mane taknye, pendaftaran, wat assignment, shopping, even meeting, sume org wat online...Insya-Allah, ckit lg nanti, br rmh sewa ni akan ade internet sbbnye, setelah negotiate ngan landlord,(haha, sebab tu ak amik elektif ADR...=) die stuju nk tanggung byrn nk wat blk kabel telefon tu...which it cost rm550...nasib baik, kalau tak, x meraselah nk ade internet...nk pakai broadband kat umah tu, cam x berbaloi je....sebab mmg lambat giler kut...

walaupun ak dah lame x update, still ade yg visit teratak ni...terima kasih byk2...terlalu byk yg sy nk citer kat sini...xpe Insya-Allah dlm seminggu dua ni, kalau ade internet nanti, sy akan tulis lebih byk perkongsian utk manfaat semua...ni pun on9 kat cc...ade keje nk wat...alang2, merayaplah ke sini...hehehe..sambil menyelam minum airlah...

study? hmmm...Alhamdulillah...wat mase ni, ok....setelah dapat result exam sem lepas, ak tekad utk study dgn lebih gigih n maybe ubah ckit cara blaja kut...nk sesuaikan dgn suasana kat umah sewa...dan yg plg penting, nk kuatkan 'link' ak dgn Allah...mungkin ak x betul2 jaga hubungan ak dgn die...ak yakin, semua yg berlaku pasti ada hikmahnya...x semestinya jatuh sekali bermakna kita gagal...pd ak, kita gagal jika kita x bangkit kembali dr kegagalan tersebut...

perkara mcm ni pernah jd mase ak form 4 dulu...lepas tu, msk je form 5, ak tekad utk blaja betul2, n Alhamdulillah, ak dah buktikan dgn SPM ak...ak yakin boleh ulangi kembali perkara tersebut....

ingat, STUDY ITU PENTING, TAPI IANYA CUMA ALAT, BUKAN MATLAMAT

moga Allah permudahkan segala2 nya.....
"Hidup hanya untuk Dia"...