Monday, August 22, 2011

Bagaimana nk konsisten dalam solat?

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan...^_^
Pantas betul masa berlalu, pejam celik2, x sedar kita dah smpai ke 22 Ramadhan, sedih plak rasa nk meninggalkan bulan mulia yang cuma singgah sebentar, sekali dalam setahun...

Salah satu dari teka-teki yang diberikan oleh Imam Ghazali adalah, "Apakah perkara yg paling RINGAN?" Jawapannya, adalah MENINGGALKAN SOLAT...

Benarkan? cuba bila kita ada program or ade cerita kat tv mula pukul 1.30, let say, zohor hari tu, kul 1.40, so, kita pun, teruskan dgn urusan kita, then, sampai 3.30, kita sbg ajk program kene kemas2 kan tmpat, or serve jamuan....dan utk yg menonton tv, lepas habis 1 cerita ada cerita lain pulak.....lepas tu, sedar x sedar, dah azan asar.....see? senang gilerkan nk tinggalkan solat? lepas tu, ade yg dari kita x rasa bersalah pun, dgn alasan sibuk sgt atau x sedar waktu solat dah masuk atau dah nak abis....

Di dalam Al -Quran ada menyebut, " Solat itu dapat mencegah dari perkara keji dan mungkar..."
Jadi, kita boleh katakan, salah satu punca mengapa gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang berlaku dalam kalangan umat Islam berlaku adalah disebabkan ramai daripada kita tidak mendirikan solat, itu belum lagi menyentuh kualiti solat yg didirikan pulak...

Untuk sesiapa yg memang dah dibiasakan untuk solat sejak kecil atau memahami kenapa solat perlu didirikan, pasti mereka hairan dan pelik, kenapa masih ada golongan yg susah benar ingin mendirikan solat....

Jawapannya, ada byk faktor...oleh itu, jgn terus2 melemparkan tuduhan dan bersangka buruk pada mereka yang tidak solat, sebaliknya, dekati mereka, cari punca masalah dan selepas itu, bimbing serta berikan sokongan agar mereka kuat (pesanan khas buat para daie)...sebab itulah solat ini dikatakan sebagai tiang agama yang menjadi foundation kepada amalan2 yang lain kerana ia memang sesuatu yg amat berat...sebab utk menunaikan solat, akal, hati dan anggota zahir perlu patuh dan tunduk utk mengabdikan diri sbg hamba Allah..

seperti dalam Surah Adz-Zaariyat: 56, "Tidak Aku jadikan jin dan manusia selain untuk beribadah..."

oleh itu, jika lulus solat, Insya-Allah akan lulus amalan2 yg lainnya seperti ibadah puasa yg kita sedang jalani sekarang...

semalam, kita sibuk 'menggoogle', aku terjumpa satu artikel mengenai tips istiqamah dalam solat yg mungkin kita boleh kongsikan bersama untuk kita terus istiqamah dalam mendirikan solat, Insya-Allah...

Tips Istiqamah Mendirikan Solat


Solat adalah tiang agama. Tanpa solat, hidup tak berguna,
amal menjadi sia-sia dan rumahtangga porak peranda jadinya.
Jadi kepada yang sukar untuk solat 5 waktu, cubalah untuk
praktikkan tips yang ingin saya kongsikan ini. Tips ini
saya praktikkan sejak saya Tingkatan 1. Semoga kita
semua tetap mendirikan solat dalam kondisi apa jua pun.

Tanamkan Azam

Pertamanya, anda perlu menanam azam dan tekad yang
kuat untuk mendirikan solat waktu 5 kali setiap hari.
Ikhlaskan niat anda untuk melakukannya hanya kerana
Allah. Dialah yang memberi banyak kenikmatan hidup
kepada kita, sedangkan kita seringkali lalai dengan
tugas sebagai hambaNya. Jadi, mulai hari ini tanamkan
tekad untuk menjadi hamba yang tahu berterima kasih
dengan mentaati suruhanNya dan meninggalkan segala
laranganNya. Yakinlah bahawa anda mampu untuk
melakukannya ! Kalau diri sendiri tak nak, memang tak jalan.


Solat di Awal Waktu

Sebaiknya anda meninggalkan segala urusan yang
dilakukan (jika tidak memudaratkan) seperti
menonton tv, membuat kerja rumah, bermain
dan sebagainya sebaik sahaja anda mendengar
azan dilaungkan oleh muazzin. Waktu ini
adalah waktu yang paling tepat untuk
memotivasikan diri anda mendirikan solat.
Jangan sekali-kali bertangguh kerana ia
akan memberatkan anda untuk mendirikan
solat dan akhirnya waktu solat berlalu begitu sahaja.


Solat di Surau atau Masjid

Jika rumah anda tidak jauh dari masjid atau
surau, gunakanlah kesempatan ini untuk
membantu anda mendirikan solat 5 waktu.
Terpulang kepada anda untuk solat 5
waktu di surau atau kurang daripada itu
mengikut kemampuan anda. Tempat ini
mempunyai cas positif yang banyak untuk
memotivasikan diri anda serta memberi
ketenangan dan kepuasan hidup. Solat di sini
lebih khusyu' berbanding solat sendirian di rumah.
Selain itu, anda juga akan mendapat kawan baru
yang bakal memotivasikan diri anda untuk
menjayakan misi ini. Mungkin pada
permulaannya anda berat untuk ke surau,
tapi beberapa ketika kemudian, anda akan
jatuh cinta padanya. Bukankah orang yang
mencintai surau dan masjid akan diberi lindungan
ketika di padang masyar kelak? Jadi, ringankan
langkah anda untuk ke sana.


Solat bersama-sama (berjamaah)

Anda mungkin boleh ke rumah teman yang juga
ingin mendirikan solat fardu di surau. Wah,
tentu seronok berlumba-lumba untuk beramal
di jalan Allah ! Jika tidak, tak salah untuk
mengajak ahli keluarga anda untuk solat
bersama-sama. Solat berjemaah pahalanya
berganda berbanding sendirian.



Doa

Berdoalah selalu agar anda diberi kekuatan dari
Allah untuk tetap mendirikan solat dalam
kondisi apa pun. Jadi pastikan anda membawa
kelengkapan solat dan menutup aurat sebaiknya
ketika keluar dari rumah. Jangan malu untuk
singgah solat di masjid jika masuk waktu solat.


Perbaiki Kualiti Solat

Dalami ilmu berkaitan solat untuk memperbaiki
kualiti solat anda. Lengkapkan solat fardu anda
dengan solat sunat seperti solat rawatib, hajat,
dhuha, taubat, tahajud dan sebagainya.


Hafaz surah baru

Adalah lebih lengkap jika anda menghafaz surah
baru untuk dibaca dalam solat anda nanti. Anda
juga boleh mengulang kembali surah yang telah
dihafaz sebelum ini untuk lebih lancar. Jika
berkesempatan, hafaz juga terjemahan
bagi ayat yang anda hafaz agar dapat
menambah kekhuyukan ketika solat.


Checklist dan hadiah

Untuk mengetahui prestasi kejayaan anda
mendirikan solat 5 waktu setiap hari,
tandakan setiap kejayaan anda dalam
borang checklist solat 5 waktu anda.
Memberi hadiah untuk diri sendiri juga
perkara menarik untuk terus memotivasikan
diri anda. Apa saja walaupun sekecil gula-gula.

Saya doakan agar kita semua diberi kekuatan
untuk tetap mendirikan solat kerana solat
adalah solusi utama dalam banyak masalah
kehidupan kita. Maka, rajin-rajinkan diri untuk solat.

sumber : http://anak-teladan.blogspot.com/2010/10/tips-istiqamah-mendirikan-solat.html

"Hidup hanya untuk Dia"...

No comments:

Post a Comment

Sekelumit rasa