Monday, August 22, 2011

Bagaimana nk konsisten dalam solat?

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan...^_^
Pantas betul masa berlalu, pejam celik2, x sedar kita dah smpai ke 22 Ramadhan, sedih plak rasa nk meninggalkan bulan mulia yang cuma singgah sebentar, sekali dalam setahun...

Salah satu dari teka-teki yang diberikan oleh Imam Ghazali adalah, "Apakah perkara yg paling RINGAN?" Jawapannya, adalah MENINGGALKAN SOLAT...

Benarkan? cuba bila kita ada program or ade cerita kat tv mula pukul 1.30, let say, zohor hari tu, kul 1.40, so, kita pun, teruskan dgn urusan kita, then, sampai 3.30, kita sbg ajk program kene kemas2 kan tmpat, or serve jamuan....dan utk yg menonton tv, lepas habis 1 cerita ada cerita lain pulak.....lepas tu, sedar x sedar, dah azan asar.....see? senang gilerkan nk tinggalkan solat? lepas tu, ade yg dari kita x rasa bersalah pun, dgn alasan sibuk sgt atau x sedar waktu solat dah masuk atau dah nak abis....

Di dalam Al -Quran ada menyebut, " Solat itu dapat mencegah dari perkara keji dan mungkar..."
Jadi, kita boleh katakan, salah satu punca mengapa gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang berlaku dalam kalangan umat Islam berlaku adalah disebabkan ramai daripada kita tidak mendirikan solat, itu belum lagi menyentuh kualiti solat yg didirikan pulak...

Untuk sesiapa yg memang dah dibiasakan untuk solat sejak kecil atau memahami kenapa solat perlu didirikan, pasti mereka hairan dan pelik, kenapa masih ada golongan yg susah benar ingin mendirikan solat....

Jawapannya, ada byk faktor...oleh itu, jgn terus2 melemparkan tuduhan dan bersangka buruk pada mereka yang tidak solat, sebaliknya, dekati mereka, cari punca masalah dan selepas itu, bimbing serta berikan sokongan agar mereka kuat (pesanan khas buat para daie)...sebab itulah solat ini dikatakan sebagai tiang agama yang menjadi foundation kepada amalan2 yang lain kerana ia memang sesuatu yg amat berat...sebab utk menunaikan solat, akal, hati dan anggota zahir perlu patuh dan tunduk utk mengabdikan diri sbg hamba Allah..

seperti dalam Surah Adz-Zaariyat: 56, "Tidak Aku jadikan jin dan manusia selain untuk beribadah..."

oleh itu, jika lulus solat, Insya-Allah akan lulus amalan2 yg lainnya seperti ibadah puasa yg kita sedang jalani sekarang...

semalam, kita sibuk 'menggoogle', aku terjumpa satu artikel mengenai tips istiqamah dalam solat yg mungkin kita boleh kongsikan bersama untuk kita terus istiqamah dalam mendirikan solat, Insya-Allah...

Tips Istiqamah Mendirikan Solat


Solat adalah tiang agama. Tanpa solat, hidup tak berguna,
amal menjadi sia-sia dan rumahtangga porak peranda jadinya.
Jadi kepada yang sukar untuk solat 5 waktu, cubalah untuk
praktikkan tips yang ingin saya kongsikan ini. Tips ini
saya praktikkan sejak saya Tingkatan 1. Semoga kita
semua tetap mendirikan solat dalam kondisi apa jua pun.

Tanamkan Azam

Pertamanya, anda perlu menanam azam dan tekad yang
kuat untuk mendirikan solat waktu 5 kali setiap hari.
Ikhlaskan niat anda untuk melakukannya hanya kerana
Allah. Dialah yang memberi banyak kenikmatan hidup
kepada kita, sedangkan kita seringkali lalai dengan
tugas sebagai hambaNya. Jadi, mulai hari ini tanamkan
tekad untuk menjadi hamba yang tahu berterima kasih
dengan mentaati suruhanNya dan meninggalkan segala
laranganNya. Yakinlah bahawa anda mampu untuk
melakukannya ! Kalau diri sendiri tak nak, memang tak jalan.


Solat di Awal Waktu

Sebaiknya anda meninggalkan segala urusan yang
dilakukan (jika tidak memudaratkan) seperti
menonton tv, membuat kerja rumah, bermain
dan sebagainya sebaik sahaja anda mendengar
azan dilaungkan oleh muazzin. Waktu ini
adalah waktu yang paling tepat untuk
memotivasikan diri anda mendirikan solat.
Jangan sekali-kali bertangguh kerana ia
akan memberatkan anda untuk mendirikan
solat dan akhirnya waktu solat berlalu begitu sahaja.


Solat di Surau atau Masjid

Jika rumah anda tidak jauh dari masjid atau
surau, gunakanlah kesempatan ini untuk
membantu anda mendirikan solat 5 waktu.
Terpulang kepada anda untuk solat 5
waktu di surau atau kurang daripada itu
mengikut kemampuan anda. Tempat ini
mempunyai cas positif yang banyak untuk
memotivasikan diri anda serta memberi
ketenangan dan kepuasan hidup. Solat di sini
lebih khusyu' berbanding solat sendirian di rumah.
Selain itu, anda juga akan mendapat kawan baru
yang bakal memotivasikan diri anda untuk
menjayakan misi ini. Mungkin pada
permulaannya anda berat untuk ke surau,
tapi beberapa ketika kemudian, anda akan
jatuh cinta padanya. Bukankah orang yang
mencintai surau dan masjid akan diberi lindungan
ketika di padang masyar kelak? Jadi, ringankan
langkah anda untuk ke sana.


Solat bersama-sama (berjamaah)

Anda mungkin boleh ke rumah teman yang juga
ingin mendirikan solat fardu di surau. Wah,
tentu seronok berlumba-lumba untuk beramal
di jalan Allah ! Jika tidak, tak salah untuk
mengajak ahli keluarga anda untuk solat
bersama-sama. Solat berjemaah pahalanya
berganda berbanding sendirian.



Doa

Berdoalah selalu agar anda diberi kekuatan dari
Allah untuk tetap mendirikan solat dalam
kondisi apa pun. Jadi pastikan anda membawa
kelengkapan solat dan menutup aurat sebaiknya
ketika keluar dari rumah. Jangan malu untuk
singgah solat di masjid jika masuk waktu solat.


Perbaiki Kualiti Solat

Dalami ilmu berkaitan solat untuk memperbaiki
kualiti solat anda. Lengkapkan solat fardu anda
dengan solat sunat seperti solat rawatib, hajat,
dhuha, taubat, tahajud dan sebagainya.


Hafaz surah baru

Adalah lebih lengkap jika anda menghafaz surah
baru untuk dibaca dalam solat anda nanti. Anda
juga boleh mengulang kembali surah yang telah
dihafaz sebelum ini untuk lebih lancar. Jika
berkesempatan, hafaz juga terjemahan
bagi ayat yang anda hafaz agar dapat
menambah kekhuyukan ketika solat.


Checklist dan hadiah

Untuk mengetahui prestasi kejayaan anda
mendirikan solat 5 waktu setiap hari,
tandakan setiap kejayaan anda dalam
borang checklist solat 5 waktu anda.
Memberi hadiah untuk diri sendiri juga
perkara menarik untuk terus memotivasikan
diri anda. Apa saja walaupun sekecil gula-gula.

Saya doakan agar kita semua diberi kekuatan
untuk tetap mendirikan solat kerana solat
adalah solusi utama dalam banyak masalah
kehidupan kita. Maka, rajin-rajinkan diri untuk solat.

sumber : http://anak-teladan.blogspot.com/2010/10/tips-istiqamah-mendirikan-solat.html

"Hidup hanya untuk Dia"...

Sunday, August 14, 2011

Kenangan Ramadhan...

Assalamualaikum...
Ramadhan Kareem...=) Alhamdullillah, bersyukur sbb masih diberikan kesempatan oleh Allah utk menjalani ibadah puasa serta ibadah2 lain di bln Ramadhan pd thn ini...harapnya, tahun ini, Ramadhannya bisa lebih baik dr Ramadhan2 yg sebelumnya....

Hmmm....tp, mcm mana nk tau thn ni ramadhan yg lebih baik?



actually, before coming of Ramadhan, we should do some checklist, tgk, ape yg kita dah buat pd Ramadhan2 yg lps n ape yg kita nk tingkatkan atau perbaiki pada thn ni...
contohnya, if thn lepas, kita x dpt laksanakan solat tarawikh penuh, thn ni cuba berazam utk laksanakannya penuh (utk golongan adam)...contoh lain, jika sblm ni x pernah bertadarrus Al-Quran, thn ni kita azam nk bertadarrus, jika sebelum ni, kurang bersedekah, thn ni, perbanyakkan dan maaacaam2 lagiiiiii.....

aku? owh...aku ade checklist sendiri, n Insya-Allah sedang cuba melaksanakannya sebaik mungkin walau kadang2 terkandas juga...doakan ye, moga diberi kekuatan, moga checklist tu, x tersasar jauh! huhu...if xde checklist, sempat lagi, sbb ade separuh Ramadhan lagi yg kita kejar utk dipenuhi dgn pelbagai amal dan ibadah...^_^ checklist tu, x semestinya perlu bertulis, cukup azam di dalam hati pun xpe, tp jika ditulis, lebih baik, jd kita akan sentiasa igt..lebih2 lg kalau ditampal di tempat yg tiap2 hari kita nmpak...atau siapa yg dah biasa dgn borang mutaba'ah amal lagi bgs...lps buat satu, kita 'tick', jd itu lg mudah utk kita lihat hari tu, by kosong ke, byk yg bertanda....

hmmm...bile ckp psl checklist ni, rase nk mengimbau kenangan plak... wah...dah tualah katakan.,..

KANAK-KANAK

seingat akulah, ak mula mengenali Ramadhan seawal umur 4 atau 5 tahun macam tu...sbb pd masa tu, mak dah melatih anak2 dia utk berpuasa..tapi xdelah terus2 puasa penuh, mula2 suku hari, lps tu, setengah hari, then 3 1/4 pastu baru penuh...ape org ckp, puasa yang yok, pagi2 bukak periuk...haha...lebih kurang camtulah...

x silap ak masa umur 6 thn ak pernah puasa penuh, ke aku je rase yg aku puasa penuh?hehe...xpelah, abaikan...tp, bile dah sekolah rendah, dah mula pandai nk mengelat..x ingat darjah berapa, tp, aka ade buatlah benda ni...ak x mainlah tadah air masa mandi or minum air paip semua...haha...cara aku, lps balik sekolah, bile tgk 'line clear' ak gi dapur minum air kosong, pastu cepat kesat mulut semua nk hilangkan 'bhn bukti'....tp aku x minum or mkn benda lain, just air kosong...smpai sekarang aku tertanya2, adakah mak ngan ayah mmg x tau atau buat2 x tau? ok, nanti ak nk tanyelah...(setelah berbelas2 tahun...haha)


ha, jgn jadi mcm ni ye? haha....

Pada aku, selagi kanak2 itu belum baligh, puasa penuh atau tidak itu x penting, yg penting, dia pernah dilatih dan dibiasakan dgn berpuasa serta ibadat2, yg lain dan PLG PENTING, MEMAHAMI kenapa dia perlu berpuasa...dan ini adalah selepas mereka memahami ttg peri pentingnya SOLAT terlebih dahulu...
Biasakan kita mendengar org yg x soalat berpuasa, tetapi selama ini, aku masih belum melihat org yg solat tetapi x puasa....

Bila cakap pasal biasa x biasa ni kan, teringat aku kat satu peristiwa ni, betapa pentingnya ibu bapa menerapkan ibadah x kira fardhu atau sunat kpd anak2 sejak kecil lagi...
Hmm...masa aku kat UiTM Kedah dulu, ketika bulan Ramadhan, walaupun, berduyun2 org turun ke masjid utk tarawikh, tetapi masih ramai jugak yg x turun...jadi, dipendekkan cerita, ada kawan ak ni, dah byk kali, ak ajak die, tp die x nak, kat bilik pun die x buat...setelah ditanya betul2 dari hati ke hati, baru aku tahu yg dia x tahu mcm mana nk solat tarawikh!! Dia takut malu bila salah solat nanti sbb dia kate die x pernah solat tarawikh...mungkin, ibu bapanya x pernah bawa die ke masjid (x sure sgt background parents die) atau surau tuk solat tarawikh...kesiankan kalau jd mcm ni...sbb pd aku mustahil utk seseorg itu x tahu jika sejak dari kecil dibiasakan dgn ibadat2 tersebut...TIDAK TAHU, berbeza dgn TIDAK INGAT dan TIDAK MAHU..

So, kesimpulannya, walau kadang2 tension gak tgk budak2 yg wat bising kat surau masa org tgh solat n duk intai n selak langsir bhgn muslimat, itu lebih baik drpd mereka langsung tidak didedahkan dgn ibadat, masjid dan surau.

SMKASAS




kenangan terindah...

Kini, beralih pula kenangan Ramadhan di SMKASAS, sekolah tercinta, bumi tarbiyah yg meninggalkan kesan yg amat dalam di hati ini...(ayat pun dah tau special...haha) Di sini, aku mula mengenali kehidupan walau itu sebenarnya hanya permulaan kpd kehidupan yg lbh pjg dan berliku...(terlebih dramatislah plak..)

mungkin juga boleh dikatakan di sini adalah salah satu 'turning point' hidup aku walaupun ak percaya 'turning point' itu tidak boleh terjadi hanya sekali krn setiap hari dan setiap detik kita perlu cuba utk menjadi lebih baik.. terlalu byk cerita dan memori terindah di sini...benarlah kata orang kenangan itu walaupun pd ketika ia berlaku kelihatannya pahit tetapi masa akan membuatkan ia menjadi manis dan itu apa yg aku rasa sekarang...kini baru aku sedar, tarbiyah yg diterapkan di SMKASAS tidak akan diketahui kesannya kecuali selepas produk2 tarbiyah ini keluar dari "comfort zone" yang dirasakan seperti dikongkong (maybe just to segelintir) dan menghadapi dunia realiti...

anyway, kita sedang bercerita mengenai ramadhan kan? Hmmm...kenangannya terlalu banyak, tetapi, antaranya bersahur di dining dalam pukul 4 pagi (if pagi tu, menu die sambal ikan masin, berbondong2 org datang sahur, if not, brape kerat jelah...huhu), iftar jamaie, solat tarawikh of course, tadarrus Al- Quran dan qiamullail... walaupun nmpak macm rutin biasa dalam ramadhan, tapi ruhnya (suasana dan semangatnya berbeza, tapi x tahulah kalau ak je ke yg rasa..) berlainan sekali....best....

paling aku x boleh lupa, qiamullail di court badminton yg penuh syahdu...berbumbungkan bintang pagi tu, usai qiam, sementara nak tunggu sahur boleh baring2 tgk bintang...Subhanallah,andai bisa diulangi kenangan itu...ingat juga, x silap masa form 1, (masa tu, x byk urusan sgt) ktorg bleh main tuju selipar sblm tunggu nk berbuka, so sapa kata berpuasa tu, meletihkan sampai x bleh wat apa....hehehe...
masa form 3, kebetulan, waktu senggang selepas PMR jatuh pada waktu Ramadhan, utk mengelakkan kami buat benda yg bkn2, kami asyik disuruh tadarrus je...habis, baca lagi,lagi,lagi dan lagi...tapi bagus pe, walaupun pada masa tu rasa macam...yelah kami x disediakan aktiviti lain...tp, nasib baik, aku terpilih dalam projek kuih raya, jadi xlah boring sgt, disamping belajar buat beberapa jenis kuih, dapat jugak sikit duit raya...Alhamdulillah...

then, time form 5, Ramadhan time tu, baru ak cuba amalkan solat dhuha betul2 walaupun sebelum tu dah tau keistimewaannya tapi x jd amalan....smpaikan setiap kali nk dhuha kene bawak buku solat sunat sebab x hafal doa....dan selepas tu, terasa kesannya...(siapa yg x biasa tu, why not kita mulakan Ramadhan ni? lebih2 lg yg mcm ak ni, bile dah stay up mmg susah nk qiam...jadi, kita buat mana yg mampu, x yah drastik sgt..huhu..)
Ya Allah lindungi aku dari sifat riak dan takabbur...ak bgtau ni, bertujuan utk menggalakkan kita semua manfaatkan madrasah tarbiyyah Ramadhan yg Allah bg kat kita setahun sekali supaya kita dapat perbaiki diri...if xde Ramadhan, mungkin kita x teringat pun, nk tingkatkan ibadah...kan?

ASASI

hmmm...kat asasi undang2 di UiTM Kedah dan bersama rakan2 seperjuangan dalam IMAN pun mempunyai 1001 kenangan Ramadhan. Kenangan merasmikan Pusat Islam di UiTM Kedah utk solat tarawikh yg 1st time dibuat di situ....eh, sebelum tu pun sempat merasa tarawikh di surau kolej masa sem 1...best..rasa macam kembali ke zaman kanak2 masa tu, sebab lepas berbuka, jalan kaki ramai2 ke Pusat Islam...ade masa hujan lebat tu, gagahkan jugak nk pegi, smpai pusat islam, lenjun...fhm ke? maksudnya, basah kuyup...
lepas tarawikh, berebut2 amik kupon moreh, sbb boleh tebus kat dining masria bekalan utk sahur nanti...geng kami ni, melampau ckit, kan semakin ari, org makin ckit, jd kami amik bg pihak org2 yg x dtg tulah...lps tu, ngan muka bangga borong kat dining...haha...selepas kegiatan kami dikesan, sikit mcm mana pun org mlm tu, sorg dpt satu je kupon...cheh..haha..kupon x silap rm1 je satu...macam2...




ini diantara 'bekas2' geng yg amik kupon moreh byk2 tu...hik3


kenangan yg lain adelah masa gi qiam kat pusat islam...jd kami beramai2 tidor trus kat pusat Islam sbb kalau nk gerak dr kolej 3-4 pagi tu, byk anjing, plus jauh plak tu...tp, ujian gaklah..masa tidor tu, tibe2 hinggap satu binatang kat muka, then aku kuis dgn tgn...igtkan xde pape, lpastu, time solat smpailah ke siang sok nye panas je muka ni...tgk2 kat cermin dah merah n mcm melecur...dah agak mesti kene charlie...charlie ni, sejenis binatang yg kat kedah je ak pernah jumpe...die x gigit, tp serbuk kat bdn die tu, mcm asid yg bleh wat kulit kita melecur...then, pergi pusat kesihatan, die bg ubat n disebabkan besar sgt n x nk jd tontonan umum, ak pkai mask...haha...tp xpe, masa tu, mask tu, normal sbb h1n1, walaupun time tu dah hujung2 n rmai dh x pkai...Alhamdulillah...seb bek ilang parut tu, kalau x, smpai sekarang kut, ak pkai mask...hehe...

Oklah, bile dah mengimbau kembali kenangan Ramadhan, nmpaknya, byk benda yg nk kene buat ni...x kisah mcm mana pun kita lalui 1st half time of Ramadhan, biarkan, sbb ia dah berlalu, yang penting the 2nd half time ni...harap kita dapat buat yang terbaik dan mengejar Lailatul Qadr Insya Allah....Ingat checklist kita! Ramadhan Kareem...^_^

16 Ramadhan 1432
9:22 am
Bota, Perak

"Hidup hanya untuk Dia"...

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan Kareem...=)



Assalamualaikum,
apa khabar iman anda? HuHu...harap2nya, semakin hari, semakin bertambahlah ye...lebih2 lg dgn kedatangan bln mulia, Ramadhan al-Mubarak yg kedatatangannya amat dirindui kerana di sinilah adenye pesta ibadah yg mengalahkan pesta2 yg lain...^-^

Untuk post kali ni, ak igt just nk repost entri ak yg terdahulu masa asasi kat blog yang satu lg...(walaupun, sebenarnya, ade mcm2 benda nk tulis ni...hehe) xpe, enjoy this entry first...Insya-Allah, jika sempat akan ada entri terbaru Ramadhan....:)

*TADARRUS AL-QURAN? HMMM...TAKPELAH....

Salam Ramadhan....
hmm...tetiba ari ni rase nak post psl tadarrus Al-Quran lak...walaupun mcm dh agak terlambat sebenarnya....huhu..
tp, takpe coz kite dh nk dekat 17 Ramadhan iaitu hari diturunkan Al-Quran...
Actually, tajuk post kali ni adalah quote yg slalu org ckp bile dgr psl tadarrus Al-Quran...lebih2 lg bile die tanye 'Bace sorang2 ke? Depan rmai org?' bile ak kate ye...dijwb, "Uihh...camtu x naklah...segan kut..."

Camne 2? disebabkan ak selalu tertembung ngan situasi camni, rase terpanggil lak nk terangkan ape tadarrus Al-Quran itu sebenarnye...rasenye, rmai yg salah faham tadrrus ngan tilawah Al-Quran...bile salah faham, tu yg rmai x nk gi tadarrus Al-Quran..then, rugi sgt kalo x wat, lebih2 lg di Ramadhan Al-Mubarak ini... ade beberapa persoalan ttg tadarrus Al-Quran ini sbnarnye...takpe, ak akan cuba dgn terbaik utk terangkannye dgn secetek ilmu yg ade pd diri ini pd mereka yg masih confius...

Sblm merungkai ttg persoalan2 tersebut, meh ak terangkan maksud die dulu...
tadarrus berasal dari perkataan arab darosa-yadrusu-tadarrus (maaf xde tulisan jawi kat laptop nih..kalo salah, tolong btulkan ye?) yg bermaksud pembelajaran...dlm erti kata lain tadarrus Al-Quran bermaksud mempelajari Al-Quran lebih dari sekadar membacanye (tilawah)...

ok, persoalan pertama,"kene bace sorang2 ke? dpn rmai2 orang?"
jawapannyye, yup, kene bace sorang2....tapi jgn risau, kumpulan tadarrus tu, selalunye x besar, dalam 5-6 org je bcoz kalo lebih drpd 10 org selalunye diorg akan pecah kpd kumpulan2 yg lebih kecil....dua orang pun takpe..cth ajak roomate kita tdarrus skali ke...tp, kalo sorang2 tu, bkn tadarrus dah...itu just bace Al-Quran sendiri2...

persoalan kedua, "kene baca cam tilawah Al-Quran kat tv 2 ke? yg berlagu2 tu?"
jawapannye, x perlu...baca cam kita biasa bace...pd sape2 yg pandai bertarannum tu, blehlah bertarannum, siapa yg x...it's ok...

persoalan ketiga, kene abiskan sume 30 juzuk tu dlm sebulan Ramadhan ni ke?
jwpannye, actually, x wajib pun tuk khatam...mcm maksud tadarrus td, pembelajaran ttg Al-Quran...yg penting kita dpt mempelajari sesuatu drpd Kalamullah itu...lgpun, kalau surau2 atau masjid2 wat tadarrus Al-Quran, n dpt sambutan rmai, peserta2 tadarrus akan dibahagi kpd kumpulan2 kecil, then 30 juzuk tu akan dibahagikan kpd group2 td...jd x byklah...tp, kalau mampu ape salahnye abiskan 30 juzuk tu...

persoalan keempat, "kene wat kat masjid ngan surau je ke? tempat len x bleh?"jawapannye, eh, x kisah..yg penting kite buat...kat mane2 pun takpe..kat bilik bleh, kat kelas, kat pondok wakaf,tepi tasek n mane2 lglah...(tmpat yg sesuai tuk bace Al-Quranlah ye?...huhu)

persoalan kelima, "bacaan sy x lancar, byk salah tjwid..bleh ke join tadarrus?malulah nk join..."
jawapannye, hmmm...yg ni ak plg suke jawab...boleh sangat2...inilah antara tujuan utama tadarrus Al-Quran...tuk perbetulkan bacaan Al-Quran kita...in other words,helps to improve our tajwid knowledge and the right way to read Al-Quran....That's why, it's better kalo dlm group tadarrus tu, ade sorang yg bacaannye lebih baik dan pengetahuan tajwidnye lebih baik drpd the other members...MALUlah...malu? pd ak dlm menuntut ilmu ni, takde ape nk dimalukan...lgpun, di usia remaja cam kite sume ni, mmg dlm proses pembelajaran...pilih sama ada nk malu skrang atau malu mase umur 40-an nanti masih terkedek2 membaca Al-Quran...x lancar...Allah dh bg kite peluang tuk memperbaiki bacaan Al-Quran pd waktu skrang, so, kite perlu rebutnye, bkn elak drpdnye...tambahan plak, suatu ari nanti, kite sume akan jd ibu dan bapa...apa kita x nak ajar anak2 kita membaca Al-Quran? kita lebih suke antar pd org len? atau x malu ke kite nanti, bacaan anak2 kite yg masih kecil lebih baik drpd kita yg dah tua nanti? pikir2 kan lah...ape kate kite rebut peluang mase mude ni, utk penuhi diri dgn segala ilmu...


peserta2 tadarrus di majlis khatam Al- Quran...mase ak sem 1....

hmm...bile ckp psl tadarrus ni, teringat mase ak kecik2 dl...mase ak umur 6 thn,that time, first time ak gi tadarrus...tu pun mak ak yg 'seret' ak ke surau...huhu...mase tu ak dh bleh bace Al-Quran, tp x brape lancar sgtlah...nk tau, ak yg umur 6 taun mase tu join group tadrrus org2 besar...first2 mak cik2 tu pandang 'slack' je kat ak...mane ade org bwk anak tadarrus skali...mak ak 'slambe' je...bile teringat nk tergelak pun ade...mase tadarrus tu, ak akan kire siap2 kat mane turn ak nanti...bile bkn turn ak, ak gilah main ngan kwn2 kat luar surau...kadang2 smpai mak ak kene panggil ak msk coz dh smpai turn ak...hihi...


kenangan...peserta tadarrus muslimat pd Ramadhan sesi nov-jul 2008...anjuran IMAN UiTM Kedah....

dulu ak kecik2 slalu merngut knape mak ak 'paksa' ak ngan adik gi tadarrus pg2...sedangkan bdak2 len sronok je wat bende len, tidolah...dh besar br ak tau...rupe2nye mak ak nk biasakan ak ngan budaya tadarrus ni...jd, setiap kali Ramadhan, x sempurna rasenye kalau x bertadarrus...(bulan len pun buat lah jugak ye?huhu...) itulah pentingnye tarbiyyah dr awl..."Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya"..terima kasih mak!!

dlm ak join tadrrus ngan orang besar2 ni...ak selalu kagum ngan certain2 mak cik ni...even walaupun bacaan Al-Quran diorang x brape lancar, byk salah hukum tawid, pjg pendek...tp, diorg x malu, kene tegur byk kali x melenting, x wat muke...bcoz this is a process of learning right? ade sorang mak cik ni@jiran ak, mule2 bacaan die di tahap 'poor' sgt, pastu kat tadarrus die blaja...masuk Ramadhan thn depan, bacaan die makin elok...masuk Ramadhan thn ketiga, bacaan yg 'poor' td dh berubah di tahap 'good'...inilah kesan yg kita mahukan...

itulah sedikit sebanyak yg ak bleh ceritakan psl tadarrus ni...jd ape tunggu lg? kite dh msk ke fasa kedua Ramadhan... dan tinggal 15 hari sblm Ramadhan kembali meninggalkan kita...cepat rebut peluang utk bertadarrus di samping ibadah2 lain di bln Ramadhan!! kpd warga UITM Kedah, and bleh sertai tadarrus di Pusat Islam pd jam 5.30 petang di Pusat Islam@Masjid Ashabul Kahfi (hari kuliah) n 5.00 ptg di surau masria@mahsuri(weekend)...ni utk muslimat ye...skali lg, salam Ramadhan....


"Hidup hanya untuk Dia"...