Saturday, July 9, 2011

Tarbiyyah (didikan) Universiti Kehidupan...



Petang itu, turun seorang gadis dgn keadaan yang mamai dan pening dr perut sebuah bas dari Shah Alam. "Ni mesti sebab tidur sejam je malam td..", fikirnya.Walaupun x cukup tidur, tetapi dia merasa puas kerana malam td dia dan kwn2nya yg bakal berpisah tuk dua bln, dapat bersembang2 dgn puasnya atau org putih cakap "pillow talk" dan mereka juga b'main "truth or dare" tp, benda yg disembangkan mlm tu habis di situ shj..Badannya turut terasa lenguh akibat tidur dlm keadaan yg x selesa dan tersengguk2 spjg perjalanan lebih 2 jam dari Shah Alam ke Ipoh.

Setelah turun, dia bergerak ke tempat simpanan beg mengambil sebuah bagasi yang besar dan beg "Giant" yg dia beli disebabkan oleh kempen "no plastic bag on Saturday" yang juga penuh dgn pakaian termasuk telekung dan tuala..

Kemudian, gadis itu bergerak mencari tempat duduk yang agak selesa di dalam terminal supaya mudah bagi dia meletakkan barang2 yg byk dan kalau boleh, jauh dari asap rokok..."Ha...duk kat situlah...nk gi beli makanan pun, senang sikit, bleh nmpak brg2 dari jauh..."berkira-kira gadis itu sendirian, sambil merasakan perutnya yang telah menyannyi2kan lagu 'keroncong utk ana' gara-gara x sempat nk menjamah apa2 pun di rumah sewa td dek nk mengejar bas takut ditinggalkan. Setelah itu, berjalanlah gadis itu ke tempat yang telah di'aim'kannya td sambil terkonyoh2 membawa beg sandang, beg laptop, beg 'giant' dan bagasi, dimanfaatkan segala anggota badan yg telah Allah kurniakan..

Setelah meletakkan segala barang dan melepaskan lelah, dia pun mengeluarkan telefon bimbit miliknya b'jenama Nokia 3600 slide yg permukaannya calar- balar tetapi telah byk berjasa. Niatnya utk menelefon bonda yg amat dirindui terbantut dan raut wajahnya jelas hampa krn kredit telefonnya tidak mencukupi utk dia berbuat demikian dan lebih mengecewakan apabila akak yg jual top up di kedai berhampiran mengatakan bahawa ketika itu 'line' x elok dan mungkin dalam 1 jam nanti, br akan dpt, dan... caj yg dikenakan RM 0.50 tau! Kalau 10 org, RM5 die dh dpt...bayangkan ajelah sehari die bleh dpt ntah brape org....ish2...

Tiba-tiba gadis tersebut teringat yang adiknya, Dhiya menggunakan talian pra-bayar syarikat atau pakej yg sama, "Rasanya cukup kut, nk hantar 5, 6 msj pd adik.."fikirnya. setelah beberapa balasan mesej utk memberitahu bhw dia telah sampai ke Ipoh, ada satu mesej yang benar2 menganggu fikiran dan perasaannya:
" mak x sihat, sakit gigi, amik mc, ayah plak pegi mesyuarat kat terengganu...Mak suruk kakak nek teksi gi medan kid, lps tu amik bas ke Manjung..."
Selepas membaca sms tersebut, gadis tersebut melihat pula pd brg2 yg dibawanya, mmg byk..."Jika nak naik teksi, xde masalah, tp nk naik bas 'loncat' nanti, mcm mane pulak nih? Aduh..." Bergenang air mata gadis tersebut, tp belum sempat menitis, cepat2 diseka air matanya supaya tidak tumpah, takut dilihat org rmai di situ...gadis tersebut berasa sgt sedih bercampur geram, bkn krn marah pd bonda yg x dpt menjemput, tetapi jika diberitahu lbh awal, pasti akan dikurangkan 'muatan' agar mudah utk dia menaiki bas...

Akhirnya, dipendekkan cerita, bonda gadis tersebut mahu menjemputnya di terminal tetapi hanya satu jam selepas itu...ditambah rumah yang agak jauh, nampaknya gadis tersebut terpaksa menghabiskan masanya beberapa jam di terminal. Alhamdulillah, rukhsah solat yg Allah beri pd yg musafir memberikan kelegaan pd gadis tersebut. x perlulah dia risau akan barang2nya ketika dia ingin menunaikan solat, pd perkiraannya sempat untuk dia lakukan Jama' ta'khir pd waktu asar nanti.

Ketika menunggu dan merasa bosan setelah cuba membaca buku Harun Yahya, "Kaum-kaum yang Pupus, dia ralit memerhatikan gelagat manusia di sekelilingnya. dan, ketika itu, bermulalah tarbiyah dari Allah utk dirinya.

Pada mulanya dia memerhatikan kaunter2 jualan tiket bas. Masuk shj pelanggan2 yg berpotensi, x kirelah br turun bas ke, br nk cari bas ke, Mat Indon ke, bangla ke, semua menjadi rebutan...terjerit2 mereka cuba tuk dapatkan pelanggan, riuh rendah jadi terminal tu. Gadis tu pun, selalu mengalami kejadian sebegitu rupa, selalunya dia buat x endah je dan terus ke kaunter plusliner, kecuali masa mmg dah xde tiket. Tetapi, selalunya mereka ni, akan kenakan caj yang lebih sikit, contohnye, utk seat vip, mereka akan caj RM25, sedangkan harga sebenar Rm23 je....tp jika mmg dlm kecemasan gadis tu, dh x kira apa2 lg...Dia akan rembat je mane2 tiket asalkan smpai ke destinasi yg ingin dituju.

Kemudian, gadis tersebut, terpandang pula seorang kanak-kanak lelaki berbangsa India, jika diamati fizikal kanak-kanak tersebut, mungkin dalam umur 11 atau 12 tahun. Adik itu membawa sebuah raga yang dipenuhi kerepek dan kemudian die bergerak dari satu bas ke satu bas utk menghabiskan jualannya. Adik penjual kerepek itu pun telah lama diperhatikan oleh gadis tersebut, bkn shj pd hari itu, malah, setiap kali dia ke terminal. Kebiasaannya, adik itu akan menjual kerepek tetapi kadang-kadang adik itu juga dilihat ada membantu menjual di kedai2 di terminal.

Setelah itu, gadis itu terlihat pula akan seorang 'apek' cina datang membawa plastik ke arah tong sampah yang berdekatan dengannya. Sudah menjadi rutin apek cina itu mengutip tin2 minuman yg telah dibuang oleh org ramai. Bagaimana gadis itu tahu? Itu adalah kerana setiap kali dia di terminal, pasti dia akan menemukan apek cina tersebut.

Tidak lama selepas itu, kelihatan pula seorang lelaki yg berumur dalam 30-an membawa beg sandang yang agak besar tetapi kelihatan susah benar dia ingin berjalan disebabkan oleh keadaan kaki dan badan yang kurang sempurna, tidak seperti orang lain. Rupa-rupanya lelaki itu golongan OKU (orang kelainan upaya) dan dia ditemani seorang wanita normal yang seusia dgnnya dan seorang kanak2 perempuan yang comel. Mereka bertiga kelihatan bahagia ketika menjamah makanan bersama2. "Mungkin diorg ni, tgh tunggu bas kut.." telah gadis itu.
Setelah menyaksikan semua kejadian itu, si gadis termenung dan berfikir sejenak. Setelah beberapa ketika, matanya mula bergenang dan sama sepert tadi, cepat2 diseka air mata agar tidak tumpah tetapi hatinya tetap terus menangis. Mengapa dia menangis? Hal ini kerana, dia terasa seolah-olah dia ditarbiyyah oleh Allah melalui kejadian2 td. Dia melihat betapa susahnya orang-orang tadi ingin mencari sesuap nasi, berusaha sekuat mungkin utk 'survive' dan sedia melakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup. Walaupun begitu, mereka tidak putus asa, mereka bersyukur dan bahagia dgn apa yg dikurniakan oleh mereka.

Gadis itu merasakan hatinya seperti dihenyak2 dan kekesalan menghinggapi dirinya. Mungkin kerana sudah terbiasa dgn hidup yg agak senang dan cukup, dia tidak sedar bhw dirinya sudah tidak biasa merasa susah. Hinggakan ingin menaiki bas "loncat" balik ke rumah pun, terasa begitu berat sehingga terpaksa meminta bonda yg tidak sihat utk menjemput di terminal. Sedangkan, jika dibandingkan dgn keadaan org2 td, hidupnya terlalu jauh berbeza. Dia sepatutnya menjadi org yg lbh bersyukur dan lebih sabar. Kesusahan yg dialaminya tidak besar mana tetapi dia lupa akan hakikat itu. Gadis itu merintih di dalam hati, " Ya Allah, ampunkan hambaMu ini yg sering melupakanMu dan kurang bersyukur atas nikmat yang Engkau berikan. Jadikan hamba orang yg bersyukur dan bersabar..Ya Allah...".
Tidak lama kemudian, terpancar satu wajah yang amat menyejukkan jiwa iaitu wajah bonda gadis itu. Gadis itu tersenyum dan terus mendapatkan bondanya serta menyalami dan mencium pipi insan yang amat dirinduinya. Kemudian, mereka bergerak pulang menuju ke rumah yang dipandu gadis itu dek kerana keadaan ibu yg kurang sihat.

Usai solat Isya' malam itu yg diimami gadis tersebut, dia terus menyalami dan mencium kedua belah pipi dan menatap wajah bondanya seraya berkata, "Mak, maafkan segala kesalahan sarah...". Tetapi tanpa diketahui ibunya, hatinya bermonolog."Maafkan sarah sebab menyusahkan mak sampai terpaksa jemput sarah walaupun mak tak sihat. Insya-Allah, sarah akan cuba utk lebih sabar dan bersyukur, mak doakan ye..."

p/s :- Marilah kita sentiasa menjadi orang yang bersyukur dan sabar.
- kepada pemimpin2 atau sesiapa shj yg rasa nk terima rasuah, nk songlap duit rakyat or just nk jd pemimpin semata2 nkkan publisiti or menjadi popular, igtlah bhw ade ramai lg golongan rakyat yang masih terhimpit hidupnya dan perlukan pertolongan anda. Tanpa mereka, anda tidak akan ada di tempat itu hari. Tetapkan kembali niat dan matlamat. Bila dah asyik dgn makanan yg sedap2, kereta mewah, pejabat ade air-cond, duk kerusi empok, apa kata sesekali duduk dan perhatikan keadaan rakyat di tempat2 seperti ini.
-maafkan penulis jika ade kekurangan dlm post kali ini terutamanya kesalahan tatabahasa..maklumlah, budak br belajar...hehe... ^_^

Catatan hidup :
5 Julai 2011, bersamaan 4 Sya'ban 1432
Bota, Perak.


"Hidup hanya untuk Dia"...